suria

Priyanka Chopra Bakal Berjiran Dengan Shah Rukh Khan

Priyanka Chopra

MASIH belum reda berita skandal Datuk Shah Rukh Khan dengan Priyanka Copra, kini aktres seksi itu menjadi bualan ramai apabila dia akan berpindah ke rumah baharu, berdekatan kediaman aktor tersebut di Mannat, Mumbai, India.

Menurut laporan portal OneIndia, selepas Shah Rukh dan isterinya Gauri sering mengelak daripada bercerita mengenai Priyanka, aktres itu bagaikan sengaja mahu mencari perhatian kononnya skandal tersebut.

Shah Rukh Khan


Bagaimanapun Priyanka Copra berkata, tujuan dia berpindah rumah kerana tempat tinggalnya kini terlalu sempit dan memerlukan kediaman yang boleh selesa.

Sehingga kini, Shah Rukh mahupun Gauri masih belum memberi respons mengenai berita perpindahan Priyanka itu.

Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra

Artikel Berikut

Artikel Lain