suria

Jenna Fischer Hamil Anak Kedua

Jenna dan suaminya Lee Kirk tidak sabar menantikan kelahiran anak kedua.

BINTANG filem The Office Jenna Fischer, 39, mendedahkan dia kini sedang hamil anak kedua.

Menurut laporan E! Online, dia dan suaminya yang juga seorang pengarah filem, Lee Kirk amat bahagia lebih-lebih lagi selepas mendapat tahu berita itu.

"Memiliki Weston (anak sulung) mengajar saya cara menjadi seorang ibu sedangkan sebelum ini saya cukup takut untuk berdepan dengan situasi memiliki anak.

"Kini Weston sudah pun berusia setahun, dan kehadiran ahli baru dalam keluarga ini sangat ditunggu-tunggu," katanya.

Tambah Jenna, dia juga mengakui bahawa agak risau sekiranya tidak mempunyai masa untuk berehat apabila memiliki anak kedua, namun dia bersedia dengan segala kemungkinan yang ada.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain