suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Robin Thicke Umumkan Berpisah Dengan Paula Patton

Hubungan Robin dan isterinya akan kekal baik meskipun mereka sudah berpisah.

KHABAR buruk muncul daripada pasangan Robin Thicke dan Paula Patton apabila mereka mengumumkan perpisahan selepas 20 tahun hidup sebagai suami-isteri.

Menurut laporan Dailymail, berita mengejutkan itu disampaikan sendiri oleh jurucakap Robin yang berkata hubungan pasangan itu akan tetap baik meskipun mereka sudah berpisah.

"Robin dan Paula akan tetap menyayangi antara satu sama lain dan menjadi teman baik. Cuma mereka memutuskan untuk berpisah atas kebaikan bersama," kata jurucakap tersebut.

Robin dan Paula mula berkenalan antara satu sama lain pada tahun 1993 namun rumah tangga mereka mula retak sejak pertengahan tahun 2013.

Robin Thicke, Beercerai, Luar Negara.

Artikel Lain