Samsung Malaysia Lancar Telefon Pintar 2018 A8, A8+

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd hari ini melancarkan telefon pintar kamera dwi-hadapan – 2018 Galaxy A8 dan Galaxy A8+.

Pengurus kanan Unit Teknologi Maklumat Pemasaran Produk dan Perniagaan Mudah Alihnya, Julian Thean, berkata terdapat  tiga warna pilihan yang ditawarkan dengan A8 dan A8+ masing-masing berharga RM1,799 dan RM2,499, termasuk enam peratus cukai barang dan perkhidmatan.

“Kami yakin dengan model-model itu kerana ia direka bagi memenuhi permintaan pengguna untuk pengalaman fotografi terbaik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran telefon pintar itu di sini, Rabu.

Thean berkata harga yang ditawarkan adalah menarik dan pada masa yang sama berbaloi bagi wang.

“Kami membawakan spesifikasi telefon pintar yang canggih kepada pengguna dengan fungsi-fungsi yang sama pada harga yang mampu milik,” katanya.

Model A8 dan A8+ mempunyai fungsi kamera dwi-hadapan – 16MP+8MP F1.9 – dan pengguna boleh bertukar antara dua kamera ini untuk mengambil gambar swafoto mengikut pilihan mereka.

Menurutnya, telefon itu memiliki ciri-ciri fokus langsung yang membolehkan pengguna mudah untuk menyesuaikan dengan latar belakang kabur (kesan 'bokeh') sebelum atau selepas mengambil gambar untuk mewujudkan imej berkualiti tinggi.

“Dari siang hingga malam, kamera depan dan belakang akan memastikan pengguna merakam imej yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah dengan apertur F1.9 dan F1.7,” katanya.

Telefon itu mempunyai fungsi kalis habuk dan air IP68, bingkai logam dan kaca melengkung di bahagian belakang dan ini akan memastikan ia mampu bertahan dengan elemen termasuk peluh, hujan, pasir dan habuk, katanya.

Selain itu, Thean berkata, dengan teknologi penstabilan imej digital video, pengguna tidak lagi akan mengalami masalah rakaman video goyang dan dengan ciri tambahan ‘hyperlapse', mereka boleh menghasilkan video masa-berlalu.— Bernama

Samsung

Artikel Sebelum

Perodua Sasar Jualan 209,000 Unit

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain