Rizab Antarabangsa Pada Akhir September Kekal Boleh Digunakan - Niaga | mStar

Rizab Antarabangsa Pada Akhir September Kekal Boleh Digunakan

KUALA LUMPUR: Pemakluman terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format ‘Special Data Dissemination Standard‘ (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), menunjukkan rizab simpanan negara pada akhir September, kekal boleh digunakan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata format SDDS IMF itu memberikan maklumat tentang saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.

Ia juga menyediakan maklumat mengenai aliran masuk dan keluar pertukaran asing yang telah dianggarkan terlebih dahulu dan di luar jangkaan bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Bank Negara berkata aset rizab rasmi berjumlah US$01,199.4 juta, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1,823.2 juta pada akhir September 2017.

Ia berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan berjumlah US$251.0 juta  disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan.

Sementara itu, kedudukan hadapan pendek berjumlah US$12,285.9 juta pada akhir September 2017, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan.

BNM berkata sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak US$2,458.0 juta bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Perincian itu juga menunjukkan satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$183.2 juta.

“Tidak ada  pinjaman dalam mata wang asing berserta opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain.

Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” kata BNM.

Artikel Sebelum

E-Dagang Malaysia Tumbuh 47 Peratus

Artikel Berikut

Malaysia Airlines Pindah Pusat Data Ke Awan

Artikel Berkaitan

200-300 Pembekal Terlibat KR1M 2.0 - Hamzah

Sukses: Apa Kata Jack Ma

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain