suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SDB Raih Anugerah Sulung

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Selangor Dredging Bhd (SDB) di Singapura, SDB Asia Pte Ltd, meraih kemenangan sulung pada majlis Anugerah Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Hartanah Singapura 2017 dalam kategori kediaman (sederhana tinggi) projek pembangunan “Hijauan on Cavanagh”.

Dalam satu kenyataan hari ini Pengarah Urusan SDB Teh Lip Kim berkata dengan kemenangan berkenaan, projek itu akan bersaing dalam “FIABCI World Prix d' Excellence 2018”.

Pembangunan yang melibatkan 41 unit kediaman, terletak di Cavanagh Road.

Syarikat telah memenangi lima Anugerah FIABCI Hartanah Malaysia bagi projek pembangunannya iaitu Park Seven di Kuala Lumpur City Centre (2009), 20trees di Melawati (2012), Dedaun di Jalan Ampang (2015) dan  By The Sea serta River Rehabilitation di Pulau Pinang (2016).

SDB bermula sebagai syarikat perlombongan bijih dan selepas bertahun-tahun, mempelbagaikan aktivitinya ke dalam bidang perniagaan lain seperti pembangunan hartanah.

Artikel Berikut

Artikel Lain