suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Airbnb Lancar Fungsi Penapisan Perjalanan Perniagaan

KUALA LUMPUR: Pasaran dalam talian dan perkhidmatan hospitaliti, Airbnb, telah memperkenalkan fungsi/penapis bagi carian perniagaan pelancongan sedia (BTR), menjadikannya lebih mudah dan cepat bagi ahli perniagaan untuk mencari dan menempah Airbnb yang sesuai untuk mereka bekerja.

Fungsi ini boleh didapati pada komputer peribadi dan telefon bimbit.

"Sekarang, ahli perniagaan boleh menapis hasil carian bagi penyenaraian perniagaan pelancongan, yang akan memberi jaminan kemudahan yang mesra perjalanan bisnes seperti WiFi, peralatan mandian, ruang kerja, seterika, penyangkut baju dan sebagainya," kata portal pelancongan itu dalam satu kenyataan, Selasa.

Airbnb berkata pada masa sekarang, terdapat lebih daripada 150,000 senarai perjalanan perniagaan sedia ada secara global.

Katanya, lebih daripada 250,000 buah syarikat dari 230 negara telah menggunakan Airbnb untuk urusan perjalanan perniagaan, membabitkan perjalanan ke 210 destinasi dan negara.-- Bernama



Airbnb

Artikel Lain