Petronas Labur RM18 Juta Di Sabah

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan melabur kira-kira RM18 juta dalam tempoh empat tahun akan datang bagi melaksanakan tiga inisiatif pelaburan sosial korporatnya (CSI) di Sabah.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat Petronas berkata program itu - Planting Tomorrow, Food Basket dan Youth Development - dilancarkan Khamis.

"Inisiatif itu akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa organisasi rakan.

"Matlamatnya adalah untuk membantu meningkatkan taraf hidup dalam kalangan masyarakat di beberapa kawasan luar bandar, selain menyokong pembangunan belia Sabah menerusi sukan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Pengerusi Petronas Tan Sri Sidek Hassan berkata setiap program yang dilaksanakan itu bertujuan untuk sampai kepada mereka yang memerlukan serta membantu mereka merealisasikan impian dan potensi meskipun ia seolah-olah tidak dapat dilaksanakan.

"Berdasarkan inspirasi ini, Petronas berusaha gigih untuk melaksanakan program-program sosial mampan dan berkesan, dengan tumpuan kepada masyarakat yang memerlukannya," katanya.

Petronas berkata lebih banyak inisiatif juga sedang dirancang, termasuk pembinaan Maktab Rendah Sains Mara di Ranau dan dua asrama di sekolah terpilih, yang akan dilancarkan lewat tahun ini.

Pada 2011 dan 2016, Petronas melabur RM184.8 juta untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk RM83 juta untuk pemuliharaan Kanyon Imbak dengan usaha sama Yayasan Sabah, katanya.

"Program lain ialah Program Penajaan Pendidikan Petronas, Sekolah Amanah, Program Sentuhan Ilmu Petronas, Program Sentuhan Kasih, serta Bantuan Latihan dan Tajaan Institusi Vokasional," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata inisiatif yang dilancarkan oleh Petronas pada ketika industri minyak dan gas berhadapan dengan cabaran, menggambarkan komitmen tinggi PETRONAS dalam melaksanakan program tanggungjawab sosialnya untuk rakyat Sabah. 

"Saya yakin program ini akan membantu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup dalam kalangan masyarakat, katanya.

Petronas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain