suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SME Bank IKP Pertama Malaysia, Asean Diterima Jadi Ahli The Montreal Group

KUALA LUMPUR: Nilai unik model 'Melangkaui Pembiayaan' SME Bank Malaysia dalam membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila menjadi Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) pertama di Malaysia dan Asean menjadi ahli The Montreal Group (TMG).

TMG ialah forum antarabangsa eksklusif bagi bank-bank pembangunan milik kerajaan yang memberi fokus dalam membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana, kata SME Bank dalam satu kenyataan pada Khamis.

Diasaskan pada 2012 oleh tujuh anggota dengan anggaran jumlah aset yang digabungkan bernilai US$2 trilion, TMG berfungsi menggalakkan perkongsian idea dan amalan terbaik serta memupuk kesefahaman antarabangsa dalam pembangunan PKS.

Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata TMG mengiktiraf bank itu sebagai IKP utama di negara ini dan juga rantau Asean.

"Kami bukan sahaja menawarkan kemudahan pembiayaan tetapi turut memikul tanggungjawab membangunkan PKS melalui pelbagai program intervensi," katanya. 

"Model perniagaan kami adalah hasil daripada usaha berterusan dalam meningkatkan perkhidmatan bank bagi memastikan kami dapat memenuhi mandat yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu PKS yang tidak atau kurang mendapat bantuan dan pada masa yang sama memastikan kelangsungan operasi kami," katanya.

Sejak penubuhannya pada 2005, SME Bank meluluskan pembiayaan berjumlah  RM26 bilion dan membantu lebih 15,000 usahawan PKS.

Artikel Lain