suria

IOI Properties Berjaya Dapat Tender Di Singapura

KUALA LUMPUR: Wealthy Link Pte Ltd, sebuah anak syarikat milik penuh IOI Properties Group Bhd, berjaya memenangi tender bernilai RM7.77 bilion membabitkan tanah pegangan pajakan 99 tahun seluas 1.09 hektar di Central Boulevard, Singapura daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar.

IOI Properties dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pada Jumaat berkata, tender itu akan membolehkan syarikat menceburi bidang pembangunan membabitkan menara pejabat pelbagai guna yang terletak di kawasan pusat perniagaan Singapura.

"Cadangan pembangunan ini dijangka akan menarik minat institusi kewangan utama dan syarikat multinasional," katanya.

Tender tersebut merupakan petanda yang baik bagi pertumbuhan kumpulan memandangkan pembangunan yang dicadangkan ini dijangka akan menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aliran pendapatan masa depan.-- Bernama



Artikel Berikut

Malindo Air Kini Ke Phuket

Artikel Lain