suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MSM Lantik Mohamad Amri Sebagai CEO

Mohamad Amri Sahari (kiri)

KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd melantik Mohamad Amri Sahari sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa Selasa, menggantikan Datuk Sheikh Awab Sheikh Abod.

Mohamad Amri ialah Timbalan CEO MSM sejak Mac 2011, kata kumpulan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Sebelum menyertai MSM, Mohamad Amri ialah Pemangku Pengurus Besar, Jabatan Pemerolehan dan Perkhidmatan Bekalan bagi Felda Palm Industries Sdn Bhd.

Jawatan CEO syarikat pengeluar gula terbesar di negara itu tidak diisi sejak April tahun ini selepas penyandangnya Sheikh Awab meninggal dunia pada usia 56 tahun.

MSM mengusahakan perniagaan gula Felda Global Ventures Holdings Bhd menerusi dua anak syarikat beroperasi, MSM Prai Bhd dan MSM Perlis Sdn Bhd, serta syarikat logistik - MSM Logistics Sdn Bhd dan syarikat dagangan - MSM Trading International DMCC, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

MSM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain