suria

Stok Minyak Sawit Naik 7.66 Peratus

KUALA LUMPUR: Jumlah stok minyak sawit Malaysia pada Jun 2016 naik 7.66 peratus kepada 1.78 juta tan metrik berbanding 1.65 juta tan metrik yang dicatatkan pada Mei 2016, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Stok minyak sawit mentah (MSM) pada Jun 2016 meningkat 10.70 peratus kepada 977,709 tan metrik daripada 883,200 tan metrik yang dicatatkan pada Mei dan minyak sawit diproses menambah 4.16 peratus kepada 798,555 tan metrik pada Mei, katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Jumlah pengeluaran MSM melonjak 12.31 peratus kepada 1.53 juta tan metrik pada Jun 2016 berbanding output sebanyak 1.36 juta tan metrik yang dicatatkan pada Mei.

Menurut MPOB, eksport biodiesel turun dengan ketara kepada 9,730 tan metrik berbanding pada Mei yang berjumlah 20,872 tan metrik.

Eksport minyak sawit menyusut 11.71 peratus kepada 1.13 juta tan metrik daripada 1.28 juta tan metrik pada Mei.

Sementara itu, import MSM berkurangan 52.72 peratus kepada 4,502 tan metrik daripada 9,522 tan metrik dan jumlah import minyak sawit termasuk minyak sawit diproses, turun 1.94 peratus kepada 19,636 tan metrik semasa bulan dalam kajian.

Minyak Sawit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain