suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FGV Tamatkan MoU Dengan Beberapa Syarikat

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah menamatkan Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Innogas Technologies Sdn Bhd serta sebuah lagi syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Newlight Technologies LLC.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia tidak dapat mencapai syarat-syarat perjanjian yang boleh diterima.

Disember lepas, FGV mengumumkan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Newlight Technologies LLC dan Innogas Technologies Sdn Bhd, bagi menghasilkan plastik terbiodegradasikan daripada bahan buangan biojisim minyak sawit di Malaysia.

MoU tersebut menjelaskan kefahaman dan niat pihak-pihak yang terbabit sepanjang tempoh penerokaan interim.

FGV berkata pihak terbabit merancang untuk memulakan projek ini dalam suku kedua 2016, dengan pembinaan kilang pertama dijangka bermula pada suku keempat tahun hadapan dan siap dalam tempoh 14 bulan.

Artikel Lain