suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dana RM250 Juta Untuk Tabung Modal Pusingan Koperasi

KUALA LUMPUR: Dana berjumlah RM250 juta disedia untuk disalurkan kepada koperasi-koperasi berdaftar di negara ini melalui Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP JPK), tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi Datuk Hamzah Zainuddin berkata sepanjang 2015, sejumlah 195 permohonan pembiayaan di bawah tabung berkenaan telah diluluskan bernilai RM226.35 juta.

"Sehingga kini jumlah pembiayaan keseluruhan yang telah dimanfaatkan oleh gerakan koperasi seluruh negara adalah sebanyak RM1.6 bilion bagi mengembangkan aktiviti dan asetnya," katanya menjawab soalan Datuk Dr Nik Mazlan Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) di Dewan Rakyat, di sini, Selasa.

Dr Nik Mazlan bertanya mengenai prestasi bayaran balik pinjaman tabung berkenaan dan sejauh mana ia dimanfaatkan untuk pembangunan koperasi. 

Hassan berkata kutipan bayaran balik pembiayaan TMP JPK sepanjang tahun 2015 adalah bernilai RM131.06 juta.

Pembiayaan TMP JPK mengikut projek tunas ialah perkhidmatan kewangan (RM86.44 juta), pemborongan dan peruncitan (RM4juta), Pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan (RM1.05 juta), Pertanian dan Industri Asas Tani (RM1.86 juta), perladangan (RM9.57 juta) serta pembangunan hartanah dan industri pembinaan (RM123.43 juta). -- Bernama

Artikel Lain