suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pizza Hut Sasar Produk Baharu Tingkat Jualan 20 Peratus

Sharon (dua dari kiri) bersama kakitangan Pizza Hut, Analisa Amirah Atikah Azian (kiri), Salim Samat (dua dari kanan) dan Nik Zulaika Ismail (kanan), ketika memperkenalkan The Hut's Delight Meals di Pusat Membeli Belah Pavilion, Selasa.

KUALA LUMPUR: Pizza Hut Malaysia, anak syarikat QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd menyasarkan produk 'Hut's Delight Meals' yang baharu dilancarkan mampu menjana jualan sebanyak 20 peratus pada sepanjang tempoh promosi bermula, Selasa.

Timbalan Pengurus Pemasaran Pizza Hut Marketing, Sharon Khor berkata promosi  sehingga pertengahan April depan itu, menawarkan harga serendah RM14 seorang dengan pelbagai pilihan kombo khusus bagi pelanggan yang makan di restoran.

Menurutnya, sajian 'Hut's Delight Meals' itu diperkenalkan bagi memberi produk bernilai untuk wang berikutan kebimbangan mengenai peningkatan kos sara hidup.

"Lebih banyak produk inovatif akan diperkenalkan tahun ini. Malah, kami kini bekerjasama erat dengan kumpulan penyelidikan dan pembangunan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sajian 'Hut's Delight Meals' di sini, Selasa.

Menu itu boleh dinikmati di lebih 300 cawangan Pizza Hut di seluruh negara.

Promosi mengenainya turut dihebahkan menerusi televisyen, radio, akhbar serta media sosial agar merangkumi asas pelanggan yang lebih besar.

Ditanya sama jika syarikat itu berhasrat membuka lebih banyak cawangan pada tahun ini, Khor berkata, Pizza Hut kini dalam proses mengenal pasti lokasi yang sesuai.

"Kami akan membuka lebih banyak cawangan lagi jika ada peluang serta lokasi yang ideal," katanya.-- Bernama

Artikel Lain