suria

Samsung Lancarkan Peti Ais RT7000

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd semalam telah melancarkan peti ais dua pintu terbaharu, RT7000 yang disasarkan  kepada pengguna dengan gaya hidup yang sibuk.

Pengarah Pemasaran Koporat SME, Elaine Soh berkata rakyat Malaysia sering  terperangkap dengan kesibukan sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk membeli sayur-sayuran yang segar di pasar pada setiap hari.

"Sekarang dengan teknologi 'Twin Cooling Plus', rakyat Malaysia akan mempunyai makanan segar untuk dimakan tanpa perlu bimbang kehilangan kelembapan  buah-buahan atau sayur-sayuran mereka.

SME berkata sistem yang inovatif itu akan memastikan suhu serta tahap kelembapan terus kekal pada 70 peratus di dalam peti sejuk bagi memastikan makanan kekal segar walaupun selepas berhari-hari dibeli dari pasar.

Samsung

Artikel Berikut

Artikel Lain