suria

MarryBrown Rancang Pengembangan Agresif

KUALA LUMPUR: Syarikat rangkaian restoran makanan segera Malaysia, Marrybrown sedang merancang pelan pengembangan yang agresif melalui pembukaan 20 cawangan baharu di seluruh negara tahun ini, kata Ketua Pengarah Eksekutif Datuk Joshua Liew, Jumaat.

"Kami telah membuka enam restoran baharu pada bulan lepas di Malaysia dan merancang pembukaan 20 lagi dalam tahun ini," katanya.

Marrybrown, yang beribu pejabat di Johor Baharu, mempunyai lebih daripada 130 restoran perkhidmatan segera di Malaysia dan kira-kira 350 restoran antarabangsa.

Selain Malaysia, Marrybrown juga merancang untuk memperluaskan aktiviti di peringkat global dengan pembukaan Marrybrown pertama di Nepal pada bulan Mei, katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian perkongsian dengan Coca-Cola untuk menu minuman terbaharu Marrybown Malaysia.

Liew ketika ditanya mengenai kos terlibat, berkata, secara purata setiap restoran Marrybrown menelan belanja kira-kira RM800,000 dan berkeluasan sekitar 2,000-3,000 kaki persegi (kira-kira 186-279 meter persegi).

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Coca-Cola's Bottling Investment Group (Singapore-Malaysia-Brunei) Stephen Lusk, berkata Coca-Cola teruja dengan peluang pertumbuhan di Malaysia dan akan terus melabur.

"Coca-Cola sehingga kini telah melabur sebanyak RM1 bilion di Malaysia," katanya.

MarryBrown

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain