suria

Untung Pracukai Hup Seng Meningkat

KUALA LUMPUR: Pengeluar biskut, Hup Seng Industries Bhd, mencatat keuntungan sebelum cukai lebih tinggi sebanyak RM72.95 juta bagi 2015 berbanding RM51.72 juta pada tahun sebelumnya, berikutan peningkatan margin jualan.

Pendapatannya turut meningkat kepada RM286.86 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015 daripada RM262.21 juta pada 2014.

"Peningkatan keuntungan sebelum cukai itu disebabkan margin jualan yang lebih baik susulan kos input lebih rendah, penyusutan ringgit dan kecekapan pengeluaran," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Khamis.

Keuntungan sebelum cukai bagi suku keempatnya juga naik kepada RM20.10 juta berbanding RM16.74 juta bagi suku sama 2014 manakala pendapatannya naik kepada RM80.07 juta berbanding RM73.64 juta, sebelum ini.

Hup Seng berkata kumpulan itu akan menumpukan usaha bagi mempertingkat produktiviti dalam semua bidang operasi sebagai persiapan terhadap persekitaran pasaran lebih mencabar dalam 2016.

"Kita juga akan terus mengenal pasti peluang perniagaan atau pelaburan bagi mempertingkatkan nilai para pemegang saham," katanya.

Pada rehat tengah hari, harga saham syarikat tidak berubah pada RM1.20.

Hup Seng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain