suria

PKNS Akan Lancar Rumah Berkembar

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melancarkan 146 unit rumah berkembar dua tingkat eksklusif berharga di antara RM776,550 sehingga RM838,476 di Serendah, Rawang, Selangor Ahad ini.

Pengurus Perhubungan Awamnya, Ishak Hashim berkata, projek yang diberi nama Azhara menawarkan rumah berkeluasan 252 dan 259 meter persegi dan mengambil inspirasi dari gaya hidup urban yang memaparkan seni bina moden dan praktikal.

"Azhara mempunyai rekaan moden dan kontemporari bakal melengkapkan kehidupan dalam persekitaran yang selesa dan damai kepada pembeli," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kata beliau, Azhara yang terletak di kawasan pertumbahan baru Antara Gapi yang dibangunkan PKNS merupakan lokasi strategik dan berdekatan pelbagai kemudahan seperti Stesen Komuter Serendah, Pasaraya Giant serta memiliki akses mudah melalui Lebuhraya Utara Selatan.

Selain itu, katanya, ia terletak hanya 12 kilometer dari pekan Rawang dan 30 minit perjalanan ke Kuala Lumpur.

Ishak berkata, projek itu sesuai untuk mereka yang ingin membeli hartanah di Lembah Klang sama ada untuk diduduki atau sebagai pelaburan kerana ia memenuhi keperluan pengguna.

"Rebutlah peluang untuk memiliki kediaman impian ini yang menawarkan kehidupan selesa serta kondusif untuk ke puncak kesempurnaan dalam kehidupan," katanya.

Menurutnya, pembeli berminat boleh melayari laman sesawang www.pkns-property.com untuk maklumat lanjut atau menghubungi 016-251 0113 atau 019-344 3109 untuk pertanyaan.

PKNS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain