suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wan Hai Kendali Sejuta Kontena TEU Di Northport

KUALA LUMPUR: Northport (M) Bhd meraikan pencapaian syarikat perkapalan berpejabat di Taiwan, Wan Hai Lines (M) Sdn Bhd yang berjaya mengendalikan sejuta unit kontena 20 kaki (TEU) dalam tempoh setahun penuh pada 2015.

Dalam satu kenyataan, Rabu, Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corp Bhd, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata Wan Hai adalah syarikat perkapalan pertama di Northport yang berjaya mencecah angka sejuta unit TEU dalam masa setahun.

"Kami berasa bangga kerana menjadi hab pilihan Wan Hai bagi operasi intra  Asia serta menyaksikan pencapaian bersejarah mereka bagi 2015," katanya.

MMC menerusi unitnya, MMC Port Holdings Sdn Bhd, membeli 53.42 peratus kepentingan dalam syarikat pegangan Northport, NCB Holdings Bhd, pada tahun lepas.

Wan Hai memulakan perkhidmatan Singapura/Malaysia di Northport pada Jun  1989 dengan mengendalikan hanya 7,500 TEU dan kini muncul pelanggan terbesar dari segi kendalian kontena. -- Bernama

Wan Hai, Northport, kontena

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain