suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datasonic Peroleh Kontrak RM318.78 Juta Bekal Cip Pasport Malaysia

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Datasonic Group Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) memperoleh kontrak bernilai  RM318.75 juta daripada Kementerian Dalam Negeri bagi membekalkan 12.5 juta cip pasport Malaysia untuk tempoh lima tahun.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Datasonic berkata kontrak bermula 1 Disember 2016 hingga 30 November 2021.

"Di bawah terma Surat Anugerah (LOA), DTSB perlu menyediakan bon prestasi bernilai RM3.19 juta kepada kementerian, dengan tempoh sah daripada 1 Disember 2016 hingga 30 November 2022.

"Kontrak dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham Datasonic Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016 dan tahun-tahun kewangan seterusnya sepanjang tempoh kontrak," katanya.

Kontrak tidak akan memberi sebarang kesan terhadap saham modal dan sebahagian besar pegangan saham pemegang saham Datasonic.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain