suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Honda Malaysia Lancar Pusat 3S Bernilai RM19 Juta Di Semenyih

KUALA LUMPUR:Honda Malaysia Sdn Bhd melancarkan pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) bernilai RM19 juta di Semenyih, Selangor yang mempunyai 14 ruang servis untuk menampung 30 kereta sehari.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkataa pusat tersebut yang diuruskan oleh SAG Ultimate Sdn Bhd, mempunyai kawasan binaan dengan keluasan 22,000 kaki persegi di tapak tanah seluas 61,000 kaki persegi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Yoiciro Ueno berkata kemudahan baharu itu direka untuk memberikan suasana selesa dan kondusif kepada pelanggan.

SAG Ultimate ialah pengedar pertama Honda berdasarkan Program Kemudahan Pengedar Baharu syarikat itu untuk mengukuhkan standard operasi semua pengedar.

Dari Januari hingga Oktober tahun ini, Honda Malaysia menjual 74,920 unit kenderaan iaitu peningkatan 19 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, mengukuhkan kedudukan penerajunya bagi segmen kereta bukan nasional.

Dengan 86 pengedar setakat ini, pengeluar kereta Jepun itu yakin akan dapat mencapai sasaran 90 pengedar pada 2016.-- Bernama


Honda, Pusat 3S, Semenyih

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain