suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eksport Malaysia Ke GCC Cecah RM18.79 Bilion Pada 2014

KUALA LUMPUR: Jumlah eksport Malaysia ke negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) berjumlah RM18.79 bilion pada 2014, meningkat sebanyak 2.5 peratus tahun ke tahun, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

"Walaupun penembusan pengeluar atau syarikat Malaysia ke pasaran GCC agak kecil, ia masih pasaran penting kepada kita untuk terus diterokai," kata Pengarah Bahagian Promosi Perdagangan ICT dan Perkhidmatan Sharimahton Mat Saleh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada seminar 'Pengenalan Skim G-Mark di GCC' di sini, Isnin.

Peraturan G-Mark yang dipinda -- Peraturan Teknikal (BD-142004-01) yang berkuat kuasa pada 1 Julai, 2016 -- akan memberi kesan kepada sektor-sektor seperti barangan pengguna, mainan, elektrik dan elektronik, telekomunikasi dan jentera, katanya.

"Seminar hari ini bertujuan mewujudkan kesedaran kepada pihak yang terlibat, dan memastikan syarikat Malaysia terus berdaya saing dalam pasaran GCC," katanya.

Peraturan Teknikal meliputi keselamatan dan kesesuaian elektromagnet dan diguna pakai di negara-negara GCC.

Ia akan diwajibkan untuk semua peralatan elektrik voltan rendah yang dikeluarkan atau diimport ke negara-negara anggota GCC iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. 

GCC, Matrade

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain