suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM27.1 Bilion Perlaburan Terkini Ecer Diluluskan

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM27.1 bilion pelaburan terkini telah diluluskan untuk Terengganu menerusi pelaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dari 2007 hingga suku ketiga tahun ini.

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), jumlah pelaburan itu merangkumi sektor pembuatan (RM13.02 bilion), bioekonomi (RM6.39 bilion), pelancongan (RM3.65 bilion), minyak, gas dan petrokimia (RM2.3 bilion).

Hartanah (RM1.095 bilion), perkhidmatan (RM0.45 bilion), pendidikan (RM.19 bilion), pertanian (RM0.05 bilion), pembinaan (RM0.03 bilion) dan logistik (RM0.01 bilion).

"Pelaburan itu akan mewujudkan anggaran sebanyak 25,279 peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan," demikian menurut JPM dalam jawapan bertulis kepada  Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Che Mohamad Zulkifly bertanya mengenai jumlah dan jenis pelaburan yang telah berjaya dibawa masuk ke Terengganu sejak ECER dilancarkan.

Menurut JPM, sebanyak RM464 juta pelaburan telah diluluskan bagi daerah Setiu bagi tempoh sama, merangkumi sektor pembuatan (RM450 juta), pertanian (RM 7.74 juta) dan pelancongan (RM6 juta), yang dijangka mampu menjana 360 peluang pekerjaan untuk masyarat tempatan.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ditubuhkan pada 2007 bagi menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi antara wilayah di Pantai Timur Semenanjung termasuk Terengganu melalui pelaksanaan projek dan program berdaya maju dan mampan.

Terengganu, Ecer

Artikel Lain