suria

Axiata Tetapkan Harga Sukuk Lima Tahun Pada 1.75 Peratus

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi Axiata Group Bhd menetapkan harga sukuk lima tahunnya yang bernilai AS$500 juta pada 1.75 peratus berbanding Perbendaharaan AS, dalam usaha menampung nisbah penutupan kepada 3.8 kali.

Bon Islam yang diterbitkan menerusi unitnya Axiata SPV2 Bhd akan menjadi terbitan kedua syarikat di bawah program penerbitan mata wang pelbagai dengan nilai nominal agregat pada AS$1.5 bilion.

"Terbitan sukuk itu diberi penarafan Baa2 dan BBB, masing-masing oleh Moody's Ivestors Service Inc dan Standard  and  poor's Ratings Services dan akan disenaraikan di Bursa Malaysia dan bursa Singapura.

"Ia distruktur berasaskan prinsip syariah Wakala," katanya.

Axiata juga berkata terbitan itu dengan terbitan akhir pada 3.47 peratus, menarik pelabur Islam dan konvensional merangkumi syarikat pengurusan aset dan dana kekayaan negara, dengan penyertaan daripada lebih 170 akaun.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Chari TVT berkata terbitan sukuk Axiata menerima sambutan daripada pangkalan pelabur yang luas iaitu 58 peratus dari Asia, 22 peratus dari Eropah dan 20 peratus Timur Tengah.-- Bernama

Axiata, sukuk, AS

Artikel Lain