suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TM Perluas Operasi Ke Amerika Latin - Duta Malaysia

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) akan memperluaskan operasinya di Amerika Latin untuk meneroka potensi pasaran borong dan perusahaan di rantau dengan 600 juta penduduk itu, kata Duta Malaysia ke Chile Datuk Dr Mohammad Rameez Yahaya.

Beliau berkata TM kini bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di Santiago, Chile dalam inisiatifnya untuk mencapai syarikat-syarikat multinasional  Malaysia dan Asean yang beroperasi di rantau itu.

"Chile antara pasaran paling mesra perniagaan di Amerika Latin dan oleh itu menarik bagi pelaburan langsung asing (FDI) dari negara-negara Asean," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Mohammad Rameez berkata penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan Internet itu juga meninjau untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan internetnya di rantau tersebut.

"Kita meninjau peluang dari Amerika Latin ke Amerika Syarikat dan di bahagian lain di seluruh dunia melalui perkongsian strategik dengan syarikat telekomunikasi tempatan," katanya.--Bernama

TM, Amerika Latin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain