suria

MAHB Mahu Satukan Operasi Penerbangan Di Kota Kinabalu Jadi Satu Bumbung

Azmi Murad

KOTA KINABALU: Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mahu semua operasi syarikat penerbangan di Kota Kinabalu disatukan di bawah satu bumbung bagi memastikan keselesaan penumpang dan kecekapan operasi.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB Datuk Azmi Murad berkata semua operasi syarikat penerbangan perlu disatukan di Terminal 1 LapanganTerbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) memandangkan terminal itu mempunyai kemudahan lengkap dan mampu menampung kapasiti penumpang yang ramai.

Bagi tujuan itu, MAHB meminta kerjasama daripada syarikat penerbanganAirAsia Bhd yang ketika ini beroperasi di Terminal 2 KKIA, memindahkan operasi ke Terminal 1, seperti mana dilakukan Sibu Pasific pada Mac lepas.

"Di samping itu, Terminal 1 juga berupaya menampung kapasiti penumpang sehingga sembilan juta setiap tahun, berbanding hanya dua juta di Terminal 2.

"Jumlah penumpang yang dikendalikan pada tahun 2014 di kedua-dua terminal adalah 6.8 juta, iaitu di bawah kapasiti yang boleh ditampung di Terminal 1,"katanya kepada media selepas mengadakan tinjauan mesra di KKIA Terminal 2 dan 1 di sini, Isnin.

Beliau berkata adalah wajar bagi AirAsia memindahkan operasinya ke Terminal 1 memandangkan kapasiti penumpang di Terminal 2 melebihi daripada sepatutnya, iaitu 3.51 juta penumpang pada 2013, dan 3.6 juta pada tahun lalu.

"Bagi pertumbuhan masa depan, terdapat beberapa bidang tanah berhampiranTerminal 1 yang sedia untuk pengembangan. Berdasarkan unjuran pertumbuhan tahunan pada lima peratus, ia akan mengambil masa kira-kira lima hingga enam tahun untuk mencecah kapasiti sembilan juta," katanya.

Pada Julai lepas, AirAsia Bhd memutuskan untuk kekal beroperasi di Terminal 2 walaupun telah mendapat arahan berpindah ke Terminal 1 pada 1Ogos, dengan alasan ia akan memberi kesan kepada operasi perniagaan dan peningkatan caj perkhidmatan penumpang, daripada RM32 untuk penumpang antarabangsa yang dikenakan ketika ini, kepada RM65 seorang.

Bagaimanapun, Azmi berkata, ia sepatutnya tidak dijadikan isu kerana caj itu turut dikenakan di beberapa lapangan terbang dalam negara termasuk Pulau Pinang, Kuching dan Kuantan, selain ia merupakan caj perkhidmatan penumpang yang paling murah di rantau ini.

Beliau berkata selain berlaku kesesakan, risiko keselamatan di Terminal 2juga lebih tinggi berbanding di Terminal 1 disebabkan berlaku bertembungan ketika ketibaan dan pelepasan antara penumpang domestik dan antarabangsa.

"Kita tidak akan berkompromi dalam soal yang berkaitan dengan keselamatandan keselesaan para penumpang," katanya.

Menurut Azmi, MAHB telah menyediakan 16 kaunter daftar masuk khusus untukAirAsia di Terminal 1 bagi memudahkan operasi syarikat penerbangan itu setelah berpindah ke sana.

"Semasa pembinaan Terminal 1 ini juga, kami mengambil kira operasi AirAsia. Ini termasuk susun atur terminal ini, dan operasi tanpa AeroBridge mengikut keperluan tambang murah, di mana penumpang perlu berjalan kaki ke kapal terbang, yang terletak di hujung terminal," katanya.

Terminal Kota Kinabalu

Artikel Berikut

Artikel Lain