suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gibson Harap Produk Baharu Akan Tingkatkan Jualan Sebanyak 15 Peratus

KUALA LUMPUR: Gibson Innovations Malaysia, yang sebelum ini dikenali sebagai WOOX Innovations berharap produknya yang terkini, sistem bunyi tanpa wayar, Philips Fidelio B5 dan sistem bunyi sekeliling rumah, Philips Fidelio E5, akan meningkatkan jualan keseluruhan syarikat itu tahun ini.

"Barisan baharu dari produk-produk ini dijangka menyumbang sebanyak 15 peratus kepada jualan keseluruhan," kata Ketua Perniagaan, Andrew Tan semasa pelancaran keluaran Gibson itu, Khamis.

Beliau berkata, sasaran itu boleh dicapai berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap generasi 'surround-on-demand' yang pertama, Philips Fidelio HTL9100 di Malaysia.

"Kami berada di tempat pertama di dunia dalam kategori sistem bunyi dan pengguna Malaysia sanggup mengeluarkan belanja untuk sistem yang berkualiti," katanya.

Philips Fidelio B5 boleh didapati di peruncit di seluruh negara pada harga RM3,199, manakala Philips Fidelio E5 mulai Jun ini.

Harga bagi Philips Fidelio E5 akan diumumkan, katanya.

Gibson Innovations merupakan syarikat Gibson Brands dan pemegang lesen jenama Royal Philips.-- Bernama

Artikel Lain