MBSB Jangka Pinjaman Meningkat

Ahmad Zaini Othman ditemui pemberita selepas mesyuarat agung tahunan MBSB pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Malaysia Building Society Bhd (MBSB) menjangka kadar pertumbuhan pinjamannya lebih dua kali ganda kepada antara tujuh dan lapan peratus pada tahun ini, didorong oleh peningkatan dalam pinjaman korporat dan pelaksanaan pelan perniagaan lima tahun bermula tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ahmad Zaini Othman, berkata pinjaman MBSB berkembang kepada hanya antara dua dan tiga peratus pada tahun lepas, disebabkan masalah daripada penggabungan dan pengambilalihan dengan CIMB Bank dan RHB Bank.

Beliau berkata penggabungan tersebut dibatalkan pada akhir tahun lepas, dan MBSB kini boleh terus melaksanakan pelan masa depannya.

"Kami memberi lebih penekanan kepada pinjaman korporat seperti pembiayaan kontrak, program pembiayaan perladangan, sewa beli perindustrian dan PFI (inisiatif pembiayaan swasta) untuk kontrak kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, Rabu.

Sehingga pada Disember tahun lepas, pinjaman bersih, pembiayaan dan pendahuluan MBSB berjumlah RM31 bilion.

Ahmad Zaini berkata perolehan MBSB dijangka berkembang antara lima dan peratus pada tahun ini, manakala pinjaman tidak berbayar (NPL) disasarkan turun kepada kurang daripada tiga peratus berbanding 4.1 peratus tahun lepas, dengan memberi lebih penekanan kepada rangka kerja pengurusan risiko.

Beliau berkata syarikat akan lebih aktif dari segi pengurusan NPL dan kutipan, termasuk melaksanakan program kutipan pinjaman yang lebih berkesan.

Mengenai pelan lima tahun, katanya MBSB menggariskan strategi menyeluruh untuk terus memacu syarikat, termasuk mengukuhkan kesediaan kewangan Islam dan meningkatkan program pengurusan modal.

Beliau berkata MBSB akan turut meningkatkan persediaannya sebagai platform perbankan, termasuk cadangan penggunaan standard susut nilai yang tinggi.

Beliau berkata langkah ini akan turut menyediakan syarikat untuk sebarang potensi penggabungan dan pengambilalihan dengan bank yang berlesen.

Ahmad Zaini berkata walaupun usaha untuk bergabung dengan CIMB Bank dan RHB Bank gagal pada tahun lepas, MBSB boleh kembali kepada aktiviti penggabungan dan pengambilalihan, seawal tahun ini bergantung kepada kesediaan syarikat sebagai platform perbankan.

Bagaimanapun, katanya MBSB ketika ini tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak berhubung penggabungan dan pengambilalihan, tetapi membayangkan sebarang langkah ke arah itu, akan melibatkan entiti Islam sejajar dengan visi untuk menjadi institusi kewangan Islam.

MBSB

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain