suria

Anak Syarikat Eversendai Dapat Kontrak Bernilai RM246 Juta

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan, Eversendai Corporation Bhd, telah memenangi dua kontrak baharu bernilai RM246 juta melalui anak syarikatnya, Eversendai Engineering Arab LLC, di Arab Saudi.

Kontrak pertama bernilai RM203 juta telah dianugerahkan oleh kerjasama BACS bersama yang terdiri daripada Arab Saudi Bechtel Company, Almabani General Contractors and Consolidated Contractors Company WLL.

Di bawah kontrak itu, Eversendai akan membina Depot Timur, Utara dan Selatan projek Metro Riyadh - Pakej 1 (Aliran 1 dan 2) untuk Lembaga Kemajuan Riyadh, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Skop kerja yang akan dilaksanakan termasuklah reka bentuk sambungan, bekalan, fabrikasi, pembinaan kerja-kerja keluli, pemasangan bahan kalis api, termasuk kerja-kerja pelapisan selubung untuk bumbung dan dinding, ia dijangka siap menjelang Oktober 2016," kata Eversendai.

Syarikat itu juga telah mendapat kontrak RM43 juta untuk kerja-kerja mereka bentuk sambungan, membekal, fabrikasi, pembinaan keluli struktur dan perlapisan selubung bagi bumbung dan dinding untuk hangar penukaran di Riyadh.

Sejak Januari tahun ini, Eversendai telah mendapat projek-projek bernilai RM864 juta, kata Pengerusi Eksekutif/Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri A K Nathan.

"Kami kekal yakin dengan prospek kami pada tahun 2015," katanya.

Eversendai, Arab Saudi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain