suria

Boeing Unjur Penyerahan Pesawat Komersil Bernilai RM431.46 Bilion Pada 2015

KUALA LUMPUR: Boeing mengunjurkan permintaan yang kukuh untuk pesawat baharu komersil tahun depan, menyumbang kira-kira US$123 bilion  (RM431.46 bilion) bagi penyerahan pesawat itu merentas pelbagai industri.

Dalam Tinjauan Kewangan Semasa Pasaran Pesawat Boeing bagi Tahun Ketujuh, pengeluar pesawat itu berkata, pertumbuhan dijangkakan sederhana dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dengan keperluan kewangan tahunan bagi penghantaran kapal terbang sekitar US$156 bilion (RM542.8 bilion) pada 2019.

Ia juga menunjukkan bahawa syarikat penerbangan dan pemberi pajak akan  memperoleh manfaat daripada peningkatan saingan antara pemberi pinjaman dan kadar faedah yang rendah pada 2015.

Dalam persekitaran yang boleh dijangkakan sejak berdekad-dekad, pulangan menarik menyebabkan kepelbagaian, kecekapan dan jumlah pembiayaan bagi pesawat komersil yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Pengukuhan yang kita lihat dalam kewangan pesawat adalah hasil daripada permintaan global yang sihat dan seimbang untuk pesawat baharu yang dipacu oleh pertumbuhan dalam trafik penumpang yang sudah dijangkakan selain rekod keuntungan yang dicapai oleh syarikat penerbangan.

"Ini termasuk kesinambungan kitaran penggantian (pesawat) bagi meningkatkan kecekapan kumpulan pesawat di seluruh dunia," kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Perkhidmatan Kewangan Pesawat Boeing Capital Corporation,  Tim Myers.

Tinjauan pasaran kewangan 2015 itu yang dikeluarkan pada Selasa, mengunjurkan mengenai sumber-sumber pembiayaan untuk penghantaran pesawat baharu pada tahun depan dan keperluan pembiayaan dalam industri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Elemen utama lain termasuk pasaran modal yang akan menyokong hampir satu pertiga penyerahan baharu manakala pembiayaan dijangkakan seimbang antara tunai, hutang bank komersil dan pasaran modal.



pesawat komersil, Boeing, Tim Myers

Artikel Berikut

Artikel Lain