Daikin Sasar Jual 30,000 Unit Pendingin Hawa R-32 Setahun - Niaga | mStar

Daikin Sasar Jual 30,000 Unit Pendingin Hawa R-32 Setahun

KUALA LUMPUR: Daikin Airconditioning (Malaysia) Sdn Bhd menyasarkan untuk menjual lebih 30,000 unit pendingin hawa model terbaharunya R-32 yang menampilkan ciri-ciri mesra alam, dalam setahun.


"Kami menjangka model R-32 menyumbang 30 peratus kepada jumlah jualan kami di Malaysia," kata Pengurus Operasi Edwin Chai kepada Bernama selepas pelancaran di sini, Jumaat.

Daikin melancarkan R-32 pada November 2012 di Jepun dan setakat ini lebih sejuta unit dijual.

Model ini akan dijual oleh 400 pengedar sah di Malaysia - di Semenanjung Malaysia bermula minggu depan, Sabah dan Sarawak tiga minggu kemudian pada harga RM1,600 hingga RM15,000, bergantung kepada kuasa kuda.

Chai berkata penyelidikan pembangunan dilakukan di ibu pejabat syarikat di Thailand, Jepun dan Eropah.

Berhubung Bajet 2015, Chai berharap pengurangan harga bahan mentah dan juga rebat inisiatif hijau untuk individu dan syarikat.


Daikin , pendingin hawa

Artikel Sebelum

DHL Express Naikkan Kadar Pada 2015

Artikel Berikut

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain