suria

Pameran Lotus Di 1Utama Hingga Isnin

Kereta sport Lotus mempunyai peminatnya yang tersendiri.
PETALING JAYA: Peminat kereta Lotus kini berpeluang melihat dengan lebih dekat beberapa model terbaharu pada Pameran Automotif di Pusat Membeli-belah 1Utama selama empat hari hingga Isnin ini.


Kereta sport berprestasi tinggi itu milik Proton Berhad itu akan dipamerkan di ruang letak kereta aras bawah pusat membeli-belah itu.

Antara model yang akan dipamerkan adalah Lotus Elise, Exige S, Exige S Roadster and Evora.

Semua kereta itu kini ditawarka dengan jaminan tiga tiga tahun dari kilang dan dua tahun pakej penyelenggaraan dan servis percuma, di samping masuk percuma satu kali untuk menghadiri Akademi Memandu Lotus yang terkenal.

Bagi yang ingin merasai pengalaman memandu kereta sport itu, uji panda boleh diatur untuk memenuhi impian anda.

Selain itu, pembelian Kereta Sport Lotus yang baharu kini berpeluang menikmati pakej kewangan istimewa dengan kadar faedah rendah bermula dari 0.33 peratus untuk pembiayaan kewangan sehingga 80 peratus dengan rebat tambahan mengikut model terpilih.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 03-77250182 atau emel ke [email protected].

Lotus, Proton Berhad, Elise

Artikel Lain