suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Subsidiari Bonia Peroleh CRG Viet Nam Company Ltd

KUALA LUMPUR: CRG Incorporated Sdn Bhd, anak syarikat Bonia Corporation Bhd, mengambil alih CRG Viet Nam Company Ltd (CRGV) daripada FHG Company Ltd and Le Quang Dung Hanh.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Bonia Corporation berkata syarikat telah menerima Sijil Pendaftaran Perusahaan 'syarikat liabiliti terhad dengan lebih daripada satu unit' daripada Jabatan Perancangan dan Pelaburan Ho Chi Minh City.

Sijil itu membolehkan CRGV mengambil langkah seterusnya termasuk memiliki hartanah yang dibenarkan di bawah peraturan tempatan, pajakan dan pajakan semula pejabat, gudang dan/atau outlet runcit.

Dengan pengambilalihan itu, CRGV kini 99 peratus dimiliki oleh CRG International dengan baki satu peratus dipegang oleh FHG, kata kenyataan tersebut.

FHG merupakan syarikat Vietnam yang mengedarkan barangan di bawah jenama 'Carlo Rino' di Vietnam.

Bonia Corporation berkata pengambilalihan itu dibiaya menerusi sumber dalaman dan dijangka tidak membawa kesan material terhadap pendapatan atau aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015.


Bonia, Vietnam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain