suria

BIMB Akan Belanja RM2 Juta Latih 100 Graduan

KUALA LUMPUR: BIMB Holdings Bhd (BHB) akan membelanjakan RM2 juta untuk melatih 100 pelatih di bawah Program Skim Latihan 1Malaysia dalam tempoh lapan bulan akan datang.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Johan Abdullah berkata, ini sejajar dengan aspirasi kerajaan bagi membantu graduan mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

"Kami akan melengkapkan mereka dengan kemahiran insaniah dan memberikan mereka latihan sambil bekerja di syarikat kami," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program berkenaan di sini, Rabu.

BHB dan anak syarikatnya, Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), Takaful Malaysia Bhd dan BIMB Securities Sdn Bhd telah mengenal pasti pelatih untuk tujuan itu yang menjadi sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporatnya.

BHB dan BIMB masing-masing akan mengambil lima pelatih manakala Bank Islam Malaysia (50) dan Takaful Malaysia (40).

"Mereka akan menjalani latihan selama dua bulan bagi melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah diikuti latihan praktikal selama enam bulan," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain