suria

HSBC Malaysia Menang Anugerah Pengurusan Tunai Domestik Terbaik 2014

KUALA LUMPUR: HSBC Bank Malaysia Bhd (HSBC Malaysia) dinamakan sebagai Bank Pengurusan Tunai Domestik Terbaik 2014 di Malaysia bagi perniagaan Bayaran Global dan Pengurusan Tunai dalam Kajian Pengurusan Tunai Euromoney.

HSBC Malaysia dalam kenyataan pada Selasa berkata, ia merupakan anugerah tertinggi yang diterima oleh penyedia dalam industri.

Ia juga merupakan tahun kelapan berturut-turut apabila bank itu diiktiraf bagi perkhidmatan cemerlang dalam industri yang sama di Malaysia.

HSBC Malaysia turut dinamakan sebagai Bank Pengurusan Tunai Global Terbaik dan Bank Pengurusan Tunai Serantau Terbaik di Asia bagi institusi korporat dan kewangan berdasarkan kajian terhadap lebih 27,000 eksekutif kewangan kanan, pengurus tunai dan bendahari di seluruh dunia.

Ketua Bayaran Global dan Pengurusan Tunai Shirley Leong berkata, anugerah ini merupakan bukti kepada profail baik sebagai peneraju pasaran yang tidak dapat dipertikaikan di peringkat global dan di seluruh Asia.

"Kami sekali lagi gembira apabila kepakaran dalam pengurusan tunai dan pembayaran kami di Malaysia diiktiraf. Kami komited untuk melabur dalam produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami," katanya. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mogsec 2014 Catat Jualan RM722 Juta

Artikel Lain