suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM10 Juta Bantu 2,000 Penerima ASB Sejahtera

SARIKEI: Kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi membantu 2,000 penerima ASB Sejahtera yang layak di seluruh negara tahun ini.


Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu, Sarawak mendapat RM2.215 juta bagi membantu 443 orang.

Beliau berkata demikian ketika mewakili timbalan ketua menteri Tan Sri Alfred Jabu di majlis majlis penyampaian bantuan kepada 135 penerima dari Sarikei, Mukah, Sibu dan Kapit di Pusat Sivik di sini, Selasa.

"Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membasmi kemiskinan di luar bandar dan untuk memberi pendapatan tambahan kepada golongan miskin tegar.

"Adalah menjadi harapan kita melalui program ini, yang bermula pada 2004, anggota masyarakat terutama penerimanya akan berminat untuk melabur dalam Amanah Saham Nasional bagi mendapat bonus dan dividen tahunan," katanya.

Alexander berkata, selain bantuan kewangan, kementeriannya juga memberi tumpuan bagi melaksanakan projek infrastruktur luar bandar, bekalan air dan bekalan elektrik dan dalam program pembangunan sumber manusia.

Sebelum itu, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, bantuan itu adalah bukti kerajaan meneruskan komitmennya bagi menjaga kebajikan golongan miskin tegar di negeri ini.

Katanya, mereka termasuk ibu-ibu tunggal dan golongan miskin tegar yang berdaftar dengan e-Kasih.

Beliau berkata, mereka perlu membalas usaha sedemikian dengan memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional pada sepanjang masa.

Artikel Lain