suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Pasaran Kedua Paling Menarik Bagi Pelaburan Prasarana

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di tangga kedua di kalangan 41 negara sebagai pasaran yang paling menarik untuk pelaburan dalam prasarana, demikian menurut Arcadis Global Infrastructure Investment Index.


Ketua Prasarana Arcadis, Asia, Richard Warburton berkata, prasarana adalah tulang belakang sesebuah negara dan pemangkin untuk pembangunan ekonomi jangka panjang.

"Dengan kadar pertumbuhan purata tahunan penduduk sebanyak 1.4 peratus, pelaburan dalam prasarana baharu adalah sesuatu yang amat penting.

"Bersama-sama dengan matlamat mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, rancangan sudah pun dimulakan agar bandar dan kluster perbandaran tertentu di bawah Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang dimajukan menjadi bandar-bandar yang sentiasa membangun, produktif dan selesa setaraf dengan bandar utama lain di dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Arcadis berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara Asia selepas Singapura yang mendapat tempat antara 10 teratas dalam ranking global, dengan Malaysia pada kedudukan ketujuh, mendahulu AS, Australia dan United Kingdom.

"Perbezaan utama yang kita lihat di pasaran Asia seperti Malaysia dan Singapura ialah mereka mempunyai strategi bersepadu yang mengikat rancangan pembangunan prasarana kepada matlamat perniagaan dan ekonomi," katanya.

Rancangan Malaysia ke-10 menetapkan peringkat transformasi struktur utama diperlukan bagi mencapai tahap kemajuan ekonomi berpendapatan tinggi yang memberi petanda jangka panjang kepada pelabur, kata Warburton.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain