suria

AirAsia Tawar Diskaun Sehingga 20 Peratus Di Pameran Pelancongan Chennai

NEW DELHI: AirAsia dengan kerjasama Tourisma Malaysia dan laman sesawang pelancongan MakeMyTrip menganjurkan pameran pelancongan di Chennai, Tamil Nadu, negeri di selatan India.

Pameran tiga hari itu yang bermula hari ini di Express Avenue Mall, menawarkan pengunjung diskaun sehingga 20 peratus bagi penerbangan seluruh rangkaian laluan syarikat tersebut, kata AirAsia dalam kenyataan.

"Pameran pengembaraan ini sebagai menghargai sokongan dan respons daripada penumpang kami," kata Ketua Eksekutif AirAsia India Mittu Chandilya.

Pengunjung boleh menempah diskaun khas ini di situ juga sepanjang pameran berlangsung bagi perjalanan dari 21 September 2014 hingga 20 April 2015.

Pada masa ini AirAsia India mengoperasikan penerbangan dari Bengaluru to Chennai/Kochi/Goa/Jaipur/Chandigarh dan sebaliknya.

AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain