suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TH Lim Dilantik Ketuai UPS Malaysia

KUALA LUMPUR: United Parcel Service telah melantik Tze Hsien Lim sebagai Pengurus Besar UPS Malaysia yang baru, berkuat kuasa Khamis.

Lim, seorang veteran UPS selama lebih 20 tahun, memikul tanggungjawab bagi semua aktiviti penghantaran ekspres dan logistik untuk UPS Malaysia.

UPS dalam satu kenyataan berkata, Lim akan mengetuai operasi rantaian bekalan dan ekspres bersepadu untuk syarikat itu dan bertanggungjawab menyediakan hala tuju strategik untuk menjana pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Katanya, Lim juga akan menyelia semua aspek perniagaan termasuk pengurusan pelanggan, jualan, pemasaran dan operasi yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Presiden UPS Asia Pasifik, Nando Cesarone berkata menurut satu laporan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini, ekonomi Malaysia dijangka akan terus berkembang pada separuh kedua 2014.

"Lim adalah aset kepada pasukan UPS Malaysia dan pengalamannya yang luas dalam pelbagai fungsi termasuk strategi dan operasi menjadikan beliau sebagai calon yang ideal untuk memimpin perniagaan.

"Dengan pelantikan ini, UPS akan terus komited untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia mendapatkan peluang pertumbuhan eksponen dan menyokong mereka untuk berkembang di peringkat serantau dan global dalam pasaran yang sentiasa berubah," katanya.


UPS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rakyat Malaysia Amat Berinovasi

Artikel Lain