suria

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3.25 Peratus

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute menjangka kadar dasar semalaman (OPR) kekal pada 3.25 peratus untuk baki tahun ini susulan kelembapan eksport dan jumlah pengeluaran perindustrian pada Julai.

Firma penyelidikan itu yakin tidak ada keperluan bagi bank pusat mengetatkan lagi dasar kewangan walaupun OPR masih boleh dinaikkan lagi sebanyak 25 mata asas pada separuh pertama 2015.

"Bank Negara mungkin lebih berhati-hati dalam mengetatkan lagi dasar kewangannya setelah tekanan harga kekal tinggi.

"Langkah mengetatkan dasar kewangan lebih agresif ketika ini boleh mempercepatkan lagi kelembapan yang tentunya mahu dielakkan oleh bank pusat," katanya dalam satu nota pada Khamis.

Mengenai keadaan luaran, RHB Research berkata persekitaran masih penuh dengan cabaran dan risiko kelembapan.

Buat masa ini, ekonomi zon Euro tidak berkembang pada suku kedua, manakala Jepun dilanda penguncupan selepas kenaikan cukai 7.1 peratus dalam masa yang sama.

Di samping itu, Rizab Persekutuan US tidak mungkin menaikkan kadar faedah masa kini, kata RHB Research.

Awal daripada ini, Bank Negara menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada 10 Julai, menjadikan kenaikan kadar faedah pertama oleh bank pust sejak Mei 2011.

OPR kekal tidak berubah pada 3.0 peratus selama 18 mesyuarat dasar, setelah prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia agak kukuh dan inflasi kekal melebihi purata jangka panjang.


BNM, RHB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

TH Lim Dilantik Ketuai UPS Malaysia

Artikel Lain