suria

Afi Pilih Malaysia Sebagai Ibu Pejabat

KUALA LUMPUR: Alliance for Financial Inclusion (AFI) telah memilih Malaysia sebagai ibu pejabat tetapnya.

AFI dalam satu kenyataan pada Rabu berkata pemilihan itu dibuat pada mesyuarat agung tahunannya pada hari pertama Forum Dasar Global 2014 yang bermula dari 9-11 Sept di Port of Spain, Trinidad dan Tobago.

Pengarah Eksekutif AFI Alfred Hannig berkata Bank Negara Malaysia (BNM) mengetuai tawaran dari Malaysia, yang akhirnya dipilih daripada cadangan kumpulan calon yang disenarai pendek seperti Brazil, Mexico dan Turki.

 "Jawatankuasa kecil mengenai Penilaian Negara Penganjur telah mengkaji permohonan cadangan daripada setiap negara, dan menyediakan laporan saranan kepada jawatankuasa pemandu AFP untuk membuat keputusan muktamad," katanya.

Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata bank pusat itu komited terhadap agenda rangkuman kewangan.

"Kami juga berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan AFI dan anggotanya dalam memajukan pembangunan dan pelaksanaan dasar yang akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan untuk mereka yang tidak mempunyai akses kepada akaun bank di dunia," katanya.


AFI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pakistan Mahu Contohi Tabung Haji

Artikel Lain