suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Grant Thornton Dinamakan 50 Majikan Paling Menarik Rantau Ini

Narendra Jasani
KUALA LUMPUR: Grant Thornton dinamakan sebagai antara 50 majikan yang paling menarik dalam tinjauan membabitkan 87,000 pelajar dari seluruh Asia Pasifik.

Pengurus Negara Grant Thornton Malaysia, Datuk Narendra Jasani dalam satu kenyataan berkata, anugerah itu merupakan pengiktirafan kepada mereka yang bekerja dalam syarikat itu.

"Salah satu cita-cita kami adalah untuk menyediakan tempat kerja yang membolehkan mereka menyerlahkan potensi pertumbuhan masing-masing, di tempat kerja, di rumah dan dalam komuniti mereka," katanya.

Tinjauan itu yang merupakan sebahagian daripada Kajian Tahunan Penuntut Universum, adalah berasaskan pendapat pelajar dari negara seperti Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Thailand, dan Vietnam.


Artikel Sebelum

Pakistan Mahu Contohi Tabung Haji

Artikel Berikut

Artikel Lain