suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lafarge, Miros Jalin Usahasama Tingkat Tabiat Pemanduan

KUALA LUMPUR: Lafarge Malaysia Bhd bertukar-tukar nota pengetahuan dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) bagi meningkatkan keselamatan pengangkutan jalan dan tabiat pemanduan di jalan raya.


Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada Ahad, Miros akan menjalankan kajian ke atas pemandu kenderaan berat berasaskan data penggunaan Sistem Penentu Sejagat (GPS) Lafarge.

Data akan dikumpul daripada kumpulan 1,500 trak Lafarge.

Pengilang simen itu memasang sistem GPS pada traknya bagi merekodkan tabiat pemanduan di jalan raya, terutama tahap kelajuan, pemanduan berterusan tanpa rehat, brek mengejut dan pemanduan pada lewat malam.

Naib Presiden Rangkaian Bekalan Lafarge, Yap Poh Onn berkata, Lafarge akan memantau pemandunya menerusi GPS dan akan menyediakan laporan mengenainya.

"Pemandu yang didapati melanggar peraturan keselamatan jalan raya Lafarge perlu menjalani latihan dan kaunseling bagi mengubah tabiat pemanduan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis MoU itu.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk, Dr Tam Weng Wah berkata, pengurusan kanan sektor korporat perlu memain peranan penting dalam menggalakkan pekerja, terutama pemandu, mengamalkan pemanduan selamat.

"Ia bermula dengan pengurusan, dan pekerja akan mengamalkan sikap positif yang ditunjukkan. Mereka (pengurusan) wajar turun padang bagi memastikan pekerja mematuhi peraturan keselamatan," katanya.


Lafarge, Miros

Artikel Sebelum

Artikel Lain