suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Censof Sasar Lebih Banyak Pendapatan Daripada Sektor Komersil

KUALA LUMPUR: Censof Holdings Bhd, penyedia penyelesaian teknologi maklumat, merancang untuk memperoleh sumbangan pendapatan yang lebih seimbang daripada urus niaga dengan agensi kerajaan dan sektor komersil.


Pengarah Urusan Kumpulan, Ameer Shaik Mydin, berkata ketika ini, 90 peratus daripada pendapatan syarikat adalah daripada urus niaga dengan agensi kerajaan dan 10 peratus daripada perniagaan komersil.

"Syarikat sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak perniagaan daripada sektor komersil. Dalam tempoh dua tahun akan datang, mungkin nisbah itu akan berada pada kadar 70:30 kerajaan dan sektor komersil," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, Jumaat.

Ameer berkata, syarikat akan menumpukan kepada usaha untuk mendapatkan perniagaan dalam segmen penyelesaian pengurusan kewangan susulan pertumbuhan perniagaan yang utama dalam industri itu.

Beliau berkata, perisian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Censof turut akan menyumbang kepada sasaran pertumbuhan.

Censof merupakan satu daripada penyedia penyelesaian kewangan GST dalam pasaran, diperakui oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.


Artikel Lain