suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lembaga Kenaf Sasar 10,000 Hektar Tanaman Kenaf

PASIR PUTEH: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyasarkan 10,000 hektar tanaman kenaf di seluruh negara menjelang 2020 berbanding 2,000 hektar sekarang.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pengeluaran daripada 10,000 hektar kawasan tanaman itu dianggarkan sebanyak 150,000 tan metrik bernilai RM75 juta setahun.

"Kita telah mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Industri Kenaf 2014-2025 bagi memastikan sasaran tersebut tercapai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LKTN 2013 di sini, malam Rabu.

Douglas berkata di bawah pelan berkenaan, pembangunan tanaman kenaf bermula dari peringkat penanaman, pemprosesan sehingga pemasaran.

"Sekarang ini tanaman kenaf tertumpu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis dengan pengeluaran tujuh tan metrik sehektar...melalui pelan berkenaan tanaman kenaf akan diperluaskan ke seluruh negara," katanya.

Beliau berkata sebanyak 19 kilang memproses kenaf dirancang untuk diwujudkan dengan kerjasama pihak swasta menjelang 2020 berbanding sebuah kilang sekarang di Kampung Air Tawar di sini.

"Mengikut kajian kita, penggunaan kenaf adalah banyak dan ia mempunyai pasaran yang luas termasuk dari China dan negara-negara Eropah. Kita berharap ia dapat meningkatkan pendapatan petani," katanya.

Beliau berkata industri kenaf perlu ditingkatkan sumbangannya agar dapat menjadi antara komoditi utama negara selain sawit, getah dan koko dalam tempoh 12 tahun tersebut.


Kenaf, Tembakau

Artikel Lain