suria

Rancangan Bergabung Diperingkat Perbincangan - Nazir

PETALING JAYA: Rancangan untuk bergabung antara CIMB, RHB Capital dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) masih di peringkat perbincangan pengurusan dan nampak optimis.

Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata, cadangan penggabungan itu telah diterima baik oleh pasukan pengurusan kerana ia akan meningkatkan nilai untuk semua pihak.

"Semuanya masih pada peringkat awal. Pemegang saham perlu tunggu untuk butiran terperinci sebelum mengambil sebarang kedudukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di majlis perasmian cawangan CIMB di Jaya Shopping Centre yang berwajah baru di sini, Rabu.

Mengenai kepemimpinan entiti baharu itu, Nazir berkata ia akan diputuskan oleh pemegang saham baharu jika berlaku sebarang gabungan.

Sementara itu, cawangan CIMB baharu itu dibuka dengan kerjasama CIMB Maple Tree, pengurus dana untuk pembangunan Jaya Shopping Centre.

Nazir berkata, ia mempunyai 80,000 pelanggan daripada tiga cawangan lama dengan satu bilion ringgit dalam transaksi perniagaan.


CIMB

Artikel Lain