suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IATA: Kadar Pulangan Penumpang Syarikat Penerbangan Pulih Selepas 12 Bulan

KUALA LUMPUR: Kadar pulangan penumpang syarikat penerbangan dijangka meningkat dalam tempoh 12 bulan akan datang, selepas merosot pada suku kedua tahun ini, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Berdasarkan keputusan kajian Julai, 42 peratus daripada responden menjangkakan unjuran menjurus kepada pusingan corak yang positif.

"Unjuran ini disokong oleh peningkatan permintaan terhadap pengangkutan udara dan potensi daripada kapasiti pengurusan, memandangkan ia bertujuan memulihkan kadar penumpang akan datang," kata kajian itu.

Unjuran untuk nilai kargo bagi 12 bulan akan datang menunjukkan pemulihan, disokong oleh permintaan yang semakin konsisten.

Kata IATA, trafik penumpang naik pada suku kedua 2014 berbanding setahun lepas, dengan kadar pemulihan dalam Julai agak perlahan daripada April.

"Ini mungkin mencerminkan keadaan pertumbuhan pengguna pesawat udara yang agak hambar bulan-bulan lebih awal disebabkan beberapa kelembapan dalam pemulihan faktor penentu berbanding akhir 2013.

"Data terbaru bagaimanapun menunjukkan pemulihan dalam kedua-dua pertumbuhan perjalanan udara dan corak yang positif dalam pemacu permintaan," kata kajian itu.


IATA, syarikat penerbangan

Artikel Lain