suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM139 Juta Kos Boustead Ambil Alih Hyde Park Hotel London

Hotel Hyde Park London

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd (BHB) meluaskan bahagian hartanahnya dengan cadangan mengambil alih Hyde Park Hotel di London dengan pertimbangan RM138.98 juta.

Dalam satu kenyataannya, syarikat itu berkata, satu perjanjian jual beli dimeterai dengan Pastel Estate Limited untuk mengambil alih hotel pegangan bebas 68 bilik itu yang terletak di kawasan strategik, Bayswater, London.

"Terletak di lokasi utama di Pusat London, hotel itu memberi peluang terbaik untuk kumpulan ini menjadikannya modal dalam pasaran hotel dan industri hospitaliti yang berkembang di London," kata Timbalan Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Beliau berkata, pengambilalihan strategik itu bertujuan mengukuhkan portfolio pelaburan hartanah selain membuka peluang untuk mengembangkan perniagaan hospitaliti syarikat ke luar Malaysia.

Hyde Park Hotel kini dipajakkan kepada seorang pengendali dan akan dibeli bersama pajakkan itu, kata BHB.


Artikel Lain