suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boustead Ambil Alih Tanah Pelabuhan Klang RM310 Juta

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd (BHB) mengembangkan kehadirannya dalam sektor minyak dan gas, dengan cadangan pengambilalihan tanah di Klang bagi RM310 juta.

Pengambilalihan itu terdiri daripada sembilan bidang dengan kawasan gabungan seluas 28.28 hektar di Pulau Indah dan termasuk kawasan utama menghadap laut, katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Anak syarikat milik penuh BHB, Bestari Marine Sdn Bhd, memeterai empat perjanjian jual beli bersyarat dengan empat syarikat dalam Kumpulan Glenn Defense Marine (Asia) Sdn Bhd bagi pengambilalihan itu.

Ia termasuk Pusat Pelayaran Pelabuhan Klang dan terdiri daripada bangunan terminal pelayaran lima tingkat dan jeti.

Keunikan tanah itu akan membolehkan kumpulan meneroka pelbagai peluang secara strategik termasuk minyak dan gas, pembinaan kapal dan kerja-kerja membaiki kapal, selain membangunkan perniagaan sedia adanya di perusahaan kapal.

Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata langkah itu sejajar dengan strategi berterusan syarikat untuk membangunkan portfolio pelaburan dan mengukuhkan potensi pendapatan.

"Ia meletakkan kami pada kedudukan yang mempunyai kelebihan bagi mengukuhkan prospek Kumpulan kami," katanya.

Apabila selesai pengambilalihan itu, dijangka pada suku keempat tahun ini, kumpulan merancang untuk melabur sebanyak RM100 juta dalam pembangunan tanah itu.

Pembayaran pembelian RM310 juta itu, akan dibiayai oleh hasil sebanyak RM200 juta daripada Program Sukuk Junior Kekal kumpulan, dan bakinya melalui dana dalaman dan pinjaman bank.


Artikel Lain